Yusuf Bahrin

Muhammad Yusuf Bahrin (lahir 8 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya selepas memegang watak pembantu dalam beberapa drama seperti Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama, dan Satukan Rasa. Namun begitu, nama beliau mula dikenali ramai selepas melakonkan watak sebagai Dr. Amar dalam drama Sweet Dreams bersama Ben Amir dan Mira Filzah. Beliau juga sering dikaitkan dengan pelakon Aeril Zafrel kerana wajah mereka yang agak seiras.[1]

Yusuf Bahrin

Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa Bahrin Tahir (bapa)
Hanita Ajis (ibu)
Tahun aktif 2019-kini
Ejen Laugh Out Loud (LOL) Entertainment
Kelahiran Muhammad Yusuf bin Bahrin
(1992-06-08) 8 Jun 1992 (umur 27)
Shah Alam, Selangor, Malaysia